KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIUM PAPAN TANDA DALAM KEMPEN BAHAYA PENYALAHGUNAAN DADAH
EFFECTIVENESS OF THE USE OF BILLBOARDS IN THE ANTI-DRUG ABUSE CAMPAIGN
DOI:
https://doi.org/10.33102/iiecons.v10i1.100Keywords:
papan tanda, media, komunikasi, kempen, Malaysia.Abstract
Papan tanda merupakan sebuah media konvensional luar yang digunakan sebagai platform penyampaian informasi kepada masyarakat. Penggunaan papan tanda dalam aktiviti promosi dan kempen di negara ini dirujuk masih lagi berlangsung sehingga ke hari ini termasuklah dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan strategi lokasi media luar papan tanda dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah. Kaedah kajian keratan rentas kuantitatif survei digunakan bagi pengrekrutan sejumlah 400 orang belia di negeri Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan strategi lokasi media luar papan tanda dalam kempen adalah di tahap sederhana tinggi. Penambahbaikan strategi ini masih boleh dijalankan dalam usaha memastikan keberkesanannya dapat dipertingkatkan sekaligus menjadikan kempen lebih berimpak kepada golongan masyarakat.
Downloads
References
Ahmad, J., Ismail, N., & Nasir, N. N. A. M. (2017). Belia dan isu jenayah masa kini di Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 16, 49-70.
Çiftçi, D., & Karabulutlu, B. B. (2020). Outdoor Advertising as Visual Communication: The Example of Ankara. Journal of History Culture and Art Research, 9(2), 432-450.
Duncan, A. (2019). Why use billboard advertising?. Diperolehi dari dari https://www.billboardsource.com
Halim, I. A., Kiram, N. M., & Mohamad, H. (2020). Kerancuan bahasa pada papan tanda perniagaan. Mahawangsa, 6(1), 1-18.
Hasnan, H. A. (2019, Julai 3). Belia kini berumur 15 hingga 30 tahun. Astro Awani Online. Diperolehi dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belia-kini-berumur-15-hingga-30-tahun-211731.
Jamri, M. H., Ismail, N., Ahmad, J., & Singh, D. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam: Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 1-20.
Mutalib, M. H. (2023, Mei 31). Setengah juta belia terpalit dadah. Utusan Malaysia Online. Diperolehi dari https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/setengah-juta-belia-terpalit-dadah/.
Panagopoulos, C., & Ha, S. E. (2015). Billboards and turnout: A randomized field experiment. Journal of Political Marketing, 14(4), 391-404.
Shanmugathas, S. (2018). Billboard Advertisement Strategies. International Journal of Application or Innovation in Engineering & Management, 7(4), 40-49.
Siddiqui, K. A., Tarani, S. S. A., Fatani, S. A., Raza, A., Butt, R. M., & Azeema, N. (2016). Effect of size, location and content of billboards on brand awareness. Journal of Business Studies Quarterly, 8(2), 40.
Taylor, C. R., Franke, G. R., & Bang, H. K. (2006). Use and effectiveness of billboards: Perspectives from selective-perception theory and retail-gravity models. Journal of Advertising, 35(4), 21-34.
Turhan, G., Akalın, M., & Zehir, C. (2013). Literature review on selection criteria of store location based on performance measures. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 99, 391-402.
Wilson, R. T., & Casper, J. (2016). The role of location and visual saliency in capturing attention to outdoor advertising: How location attributes increase the likelihood for a driver to notice a billboard ad. Journal of Advertising Research, 56(3), 259-273.
Zaidi, H. A. (2022, Mac 23). 57 peratus jangkitan HIV akibat homoseksual. myMetro Online. Diperolehi dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/824011/57-peratus-jangkitan-hiv-akibat-homoseksual.