APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM PEMBENTUKAN PARAMETER KONTRAK PERNIAGAAN FRANCAIS DOBI LAYAN DIRI
APPLICATION OF THE FIQH METHOD IN THE FORMATION OF THE PARAMETERS OF A SELF-SERVICE LAUNDRY FRANCHISE BUSINESS CONTRACT
DOI:
https://doi.org/10.33102/iiecons.v10i1.123Keywords:
Francais, kaedah fiqh, bayaran, terma kontrak dan parameter kontrak.Abstract
Kontrak perniagaan francais adalah elemen penting menghubungkan keperluan di antara francaisor dan francaisi sepanjang kontrak berlangsung. Kedua-dua peranan tersebut perlu menyatakan persetujuan ke atas kontrak ditawarkan sebelum perniagaan mula beroperasi. Kontrak yang ditawarkan mengandungi terma khusus yang menfokuskan kepada bentuk operasi perniagaan dan matlamat yang mahu dicapai. Persetujuan mematuhi setiap terma dalam kontrak dituntut supaya kemungkiran dalam mendirikan kontrak dapat diatasi. Walaubagaimanapun, terdapat isu dalam kontrak francais yang belum menemui cara penyelesaian dan ia berlarutan kepada tempoh masa yang lama untuk diselesaikan. Ia memberi impak kepada prestasi operasi perniagaan dan hubungan kedua-dua peranan. Oleh itu, kajian ini meninjau langkah penyelesaian kepada isu tersebut berdasarkan kaedah fiqh tertentu dalam pembentukan parameter kontrak perniagaan francais dobi layan diri. Para fuqaha’ begitu meneliti menghasilkan kaedah fiqh menerusi kefahaman daripada sumber hukum utama Islam agar ia dijadikan rujukan dalam keperluan sejagat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah perpustakaan dan temubual bersama pakar. Hasil kajian mendapati kaedah fiqh yang disandarkan bersesuaian untuk dicadangkan dalam pembentukan parameter pelaksanaan kontrak dan menyelesaikan isu dalam perniagaan ini dengan segera. Kajian ini mencadangkan agar penghayatan kaedah fiqh dapat diperluaskan dalam kebanyakan kontrak perniagaan bagi memastikan matlamat operasi perniagaan dapat dicapai sepenuhnya.
Downloads
References
Al-Bukhariyy, Muhammad bin 1sma"il. (1400H). Sahih al-Bukhariyy. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabiyy.
Al-Būrnū, Muḥammad Ṣidqī bin Aḥmad bin Muḥammad. (1996). al-Wajīz fī Īḍāḥ Qawāʽid al-Fiqh al-Kulliyyah. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.( 1), 353.
Al-Haririyy, Ibrahim Muhammad Mahmud. (1998). Al-Madkhal lla al-Qawa'id al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. 'Amman. Dar 'Ammar.
Al-Jarjaniyy, 'Aliyy ibn Muhammad ibn 'Aliyy. (1999). Al-Ta’rifat. (Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Al-Zarqā, Muṣṭafā Aḥmad. (1985). Hal Yaqbal Sharʽān al-Ḥukm 'alā al-Madīn al-Mumātil bi al-Taʽwīḍ 'alā al-Dayn. Jedah: Majallāt Jamīʽah al-Mālik ʽAbd al-ʽAzīz, al-Iqtiṣād al-Islaāmī. 109.
Al-Zarqā, Muṣṭafā Aḥmad. (1989). Sharḥ al-Qawāʽid al-Fiqhiyyah. Dimasyq: Dār al-Qalam. 208.
Al-Zuḥaylī, Muḥammad Muṣṭafā. (2006). Al-Qawāʽid al-Fiqhiyyah wa Taṭbiqātuha fi al-Madhāhib al-Arbaʽah. Damsyik: Dār al-Fikr. (1) 530.
Awalan Abdul Aziz. (1999). Perniagaan francais di Malaysia: Perspektif dan panduan. Creative Energy Enterprise.
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar dan Lee Kuan Yee. (2012). “Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan dalam Perniagaan”, Journal of Social Sciences and Humanities, (7) 135.
Hadis riwayat al-Dāruquṭnī. (2004). Kitāb al-Raḍāʽ, no. hadis 4396. Lihat al-Dāruquṭnī, Abū al-Ḥasan ʽAlī bin ʽUmar, Sunan al-Dāruquṭnī, Beirut: Mu’assasah al-Risālah, (5), 325.
Ibn Qudamah, Abi Muhammad 'Abdillah Ibn Ahmad Ibn Mahmud. (T.th). Al-Mughni Wa Yalihi al-Sharh al-Kabir. Beirut: Dar al-Kutub al-'Arabiyy .
ʽIzzuddīn ʽAbd al-Salām bin ʽAbd al-ʽAzīz. (2002). Qawāʽid al-Aḥkām fī Maṣāliḥi al-Anām, Kaherah: Dār al-Bayān al-ʽArabī, (1) 8.
Lawrence J. Gitman. (2003). Principles of Managerial Finance, Addison: Wesley Publishing, 10.
Martin Mendelsohn. (1995). The Guide to Franchising. London: Cassell Publisher Limited.