PIAGAM PELANGGAN DALAM PENGURUSAN PERSIJILAN HALAL DI JAKIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
CLIENT CHARTER IN HALAL CERTIFICATION MANAGEMENT IN JAKIM ACCORDING TO ISLAMIC PERSPECTIVE
DOI:
https://doi.org/10.33102/iiecons.v10i1.47Keywords:
Piagam pelanggan, Persijilan Halal, Jakim, Perspektif IslamAbstract
Pemprosesan Persijilan Halal merupakan salah satu tema yang terdapat di dalam salah satu Piagam Pelanggan (PP) di Jakim di mana ia merupakan janji yang diberikan kepada pemohon dalam tempoh tertentu untuk menyiapkan Sijil Halal. Dalam merealisasikan sebuah pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi, amat penting untuk staf di dalam organisasi peka terhadap janji yang diberikan seperti mana yang termaktub dalam PP mereka. PP ialah pernyataan secara bertulis oleh organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan masyarakat khususnya kepada pelanggan yang berurusan dalam mana-mana organisasi. Oleh itu, untuk mengenalpasti setiap permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan ini, amat penting sekali organisasi tersebut mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan. Dari situ, organisasi dapat membuat penambahbaikan dan perancangan-perancangan strategik yang lain. Justeru, kajian dalam penulisan ini adalah untuk menganalisis maklumbalas daripada masyarakat terhadap janji yang diberikan oleh Jakim dalam urusan pengurusan persijilan halal. Fokus maklumbalas dalam kajian ini adalah maklumbalas pengaduan awam (PA). Permasalahan yang timbul adalah apabila terdapat sesetengan organisasi mengabaikan janji yang diutarakan dalam PP mereka. Ini dapat dilihat melalui maklumbalas PA yang diberikan oleh masyarakat. Kepentingan kajian ini adalah dapat mengetengahkan akan pentingnya perlaksanaan PP yang berkualiti khususnya dari sudut perspektif Islam dalam pengurusan persijilan halal di Jakim. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metod temubual sebagai metod utama, di mana staf daripada Jakim akan ditemubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, metod dokumentasi juga digunakan seperti laporan bertulis di dalam portal Jakim bagi menguatkan lagi data tembual yang diperolehi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti proses persijilan halal itu dilaksanakan berdasarkan maklumbalas PA. Hasil dapatan mendapati bahawa pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar apabila mekanisme maklumbalas diketengahkan iaitu maklumbalas PA. Situasi ini sekaligus mencapai matlamat yang dikehendaki dalam PP yang dirangka iaitu mencapai kepuasan pelanggan melalui janji yang ditunaikan dengan baik, bertanggungjawab dan beramanah. Ia selaras dengan pandangan Islam seperti menepati dengan maqāṣid al-sharī‘ah (MS), maslahah ammah(MA) dan amar ma‘rūf nahī munkar (AMNM).
Downloads
References
Abī ‘Abd Allāh Muḥammad Ibn Ismā‘il (1987), al-Bukhārī al-Ju‘fī al-Bukhārī.
Ali, H. M., Basir, S. A., & Ahmadun, M. (2016). Implementation of the Islamic Quality
Management System MS 1900 and its Benefits: A Case Study at the Department of Hajj, Waqf and Zakah Malaysia. Global Journal Al-Thaqafah, 6(2), 85-98.
Asiah Alkharib Shah. 28 Mac 2023. (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal,
JAKIM). Masa Temubual 2.30 petang.
Baharudin Osman (2016). “Pengaruh Pengurusan Pensijilan Halal,, Modal Insan dan Amalan Piawaian Halal terhadap Prestasi Organisasi dalam Industri Makanan Halal di Malaysia: Peranan Saiz Organisasi Sebagai Moderator.” Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah.
Barrett, P. (2003, May). Government sector accountability–the impact of service charters in the Australian public service. In Proceedings of the 15th Annual Government Business Conference (pp. 21-22).
Basir, S. A., Ismail, S. H. S., Azmi, I. A. G., Mohamed, H. A. B., & Kamaruzzaman, S. N. (2019). Nilai-nilai Islam dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO 9000: Kajian kes di institusi pengajian tinggi Malaysia. International Journal of Islamic and Civilization Studies, 2, 79-92.
Dangi, M. R. M., Abdullah, N. A. I. N., & Abdul, N. E. (2016). Reviving Government Service Delivery System in the Perspective of Islamic Work Ethics (IWEs) Framework: A Review on Work Ethics in Selected Agencies and Institutions Merangsang Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Melalui Rangka Kerja Dalam Perspektif Etika Kerja Islam (IWEs): Kajian Etika Kerja. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 3(2), 139-154.
Faizah, I., Fariha, A., & Alimov, M. T. (2023, May). Youth Attitudes Towards Halal Products: Wake-Up Call for Businesses. In International Conference on Intellectuals’ Global Responsibility (ICIGR 2022) (pp. 728-735). Atlantis Press.
Gupta, A., & Laxmi Shrestha, G. (2021). Citizen Charter in Nepali Public Sector Organizations: Does it Really Work?. Policy & Governance Review, 5(1), 18-32. doi:10.30589/pgr.v5i1.368.
Harian Metro, dicapai pada 25 Mei 2023. “Kecemerlangan Pengurusan Sijil Halal,” https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/592597/kecemerlangan-pengurusan-sijil-halal.
Harian Metro, dicapai pada 25 Mei 2023. “Segera Manfaatkan MyHac,” https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/01/660336/segera-manfaatkan-myhac.
Hasan A.B., Siti A. & Ab Mumin (2015) Nilai-Nilai Sistem Pengurusan Kualiti Islam
Berasaskan Al-Quran Dan Integrasi Ilmu Saintifik. Jurnal Syariah, Jil. 23, Bil. 1 25-52
Hermawan, I., Ahmad, N., & Suhartini, A. (2020). Konsep Amanah dalam Perspektif
Pendidikan Islam. QALAMUNA: Jurnal Pendidikan, Sosial, dan Agama, 12(2), 141-152.
Hisham Sabri, 11 Ogos 2023. (Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, Universiti Sains islam Malaysia, USIM). Masa Temubual 11 am).
Ismail, S. H. S. (2007). Values & ethics towards quality public delivery system of Malaysia: an Islamic perspective. Jurnal Syariah, 15(2), 25-43.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dicapai pada 25 Mei 2023 “Bahagian Pengurusan Halal,” http://www.islam.gov.my/bahagian-pengurusan-halal/198-profil,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dicapai pada 26 Mei 2023. https://www.islam.gov.my/ms/bahagian-pengurusan-halal/profil#:~:text=Bahagian%20Pengurusan%20Halal%20adalah%20salah,Agama%20Islam%20Selangor(JAIS).
Lokman Ab Rahman (2019). Fiqh Halal Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.
Marzita Ibrahim. 6 Disember 2018. (Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Komunikasi
Korporat, Bahagian Persijilan Halal, JAKIM). Masa Temubual 10 pagi.
Othman, A., Tahir, R. M., & Yusof, S. M. (2021). Analyze factors influencing work commitment from Islamic perspective among civil servants. Central Asia and The Caucasus, 22(5).
Prosedur Maklum Balas Pelanggan, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.
Purnomo, I. A. (2023). The impact of halal certification for MSME business: A systematic literature review. Asian Journal of Economics and Business Management, 2(2), 273–277.
Radin Eksan, S. H., & Mohd Amin, N. (2018). Teori Institusi: Tekanan Persekitaran Dalam Pengurusan Pensijilan Halal: Institutional Theory: Environmental Pressure in Halal Certification Management. Journal of Muwafaqat, 1(2), 1–21. Dicapai pada https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/53 pada 25 Mei 2023.
Sugiyono, Bandung: Alfabeta (2011), Metode Penelitian Kuantitatif, Kualitatif dan R & D.
Syeikh, A. K. (2018). Rekonstruksi Makna Dan Metode Penerapan Amar Ma’ruf Nahi
Munkar Berdasarkan Al-Qur’an. Al-Idarah: Jurnal Manajemen dan Administrasi Islam, 2(2), 1-22.
Zainuddin, M. (2022). Piagam Pelanggan: Analisis Penglibatan Masyarakat Melalui Aduan
Awam Di Jakim : Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7
(PASAK 7 : 2022)
Zainuddin, M., Abdullah, A., Sabri, M. D., Azemi, A., & Ismail, S. H. S. (2022). Piagam
Pelanggan: Konsep dan Kepentingan Perlaksanaannya dalam Organisasi Menurut
Perspektif Islam. Jurnal Evolusi: The Asian Journal of Social Science, 3(1).