PEMBANGUNAN ITEM BAGI KESEJAHTERAAN SPIRITUAL ISLAM SEBAGAI MEDIATOR TERHADAP HUBUNGAN KECENDERUNGAN PENGAMBILAN RISIKO DAN TEKAD KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GRADUAN USAHAWAN DI MALAYSIA
ITEM DEVELOPMENT FOR ISLAMIC SPIRITUAL WELL-BEING AS A MEDIATOR ON THE RELATIONSHIP BETWEEN RISK-TAKING PROPENSITY AND ENTREPRENEURIAL INTENTION AMONG GRADUATE ENTREPRENEURS IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.33102/iiecons.v10i1.65Keywords:
tekad keusahawanan, kesejahteraan spiritual Islam, pengambilan risiko, graduan usahawan, MalaysiaAbstract
Kertas ini menganalisis tinjauan literatur bagi membangunkan item soal-selidik dan kesahan instrumen kesejahteraan spiritual Islam (KSI) sebagai mediator dalam hubungan dengan tahap kecenderungan pengambilan risiko dan tekad keusahawanan. Ini adalah berikutan dari analisis kajian pengesanan usahawan graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2022) yang melaporkan tahap kecenderungan pengambilan risiko dalam kalangan graduan masih di tahap rendah dan tekad keusahawanan menunjukkan trend yang menurun. Keputusan ini seringkali dikaitkan mempengaruhi faktor-faktor kegagalan perniagaan dalam kalangan graduan baharu. Kajian yang mengintegrasikan pendekatan agama Imam Al-Ghazali dalam konteks kontemporari kurang diberi tumpuan. Oleh yang demikian, kajian ini dipanjangkan kepada graduan usahawan bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan item KSI, Tekad Keusahawanan Ajzen (1991), dan Kecenderungan dalam Pengambilan Risiko (Meertens & Lions, 2008) secara bersepadu. Teknik Delphi dengan Modifikasi Tiga Pusingan dilihat konsisten dengan dapatan dan sorotan literatur yang lepas di mana bilangan pusingan adalah fleksibel dan mendapat ‘consensus’ selepas pusingan ketiga. Item-item yang disenaraikan diletak sebagai sangat diperlukan bila mana skor median melebihi nilai 5.50 dan diperlukan dengan skor median berada antara 3.50 dan 5.49. Panel-panel pakar memberi ‘consensus’ tinggi terhadap sub-konstruk tahap keimanan, ilmu pengetahuan, ibadah dan akhlak. Oleh itu, KSI mendatangkan perasaan aman, tenang dan bahagia dalam menangani cabaran usahawan baharu. Situasi ini boleh diaplikasikan semasa mencari ilmu dan kemahiran, (seperti ilmu pengurusan kewangan); dan akhlak yang mulia (seperti menjauhi amalan pengurusan kewangan yang tidak baik). Konsep-konsep ini dapat memberikan motivasi, ketabahan, dan ketenangan dalam menghadapi tekanan dan cabaran perniagaan. Kesepaduan perspektif agama Islam merupakan inovasi penemuan baharu melalui model Al-Ghazali dan pandangan barat melalui Teori Tingkahlaku Berencana dan Model Kecenderungan Pengambilan Risiko yang kurang dikaji telah dilaksanakan dalam kajian ini.
Downloads
References
Ab. Rahim, S. (2019). Indeks kesejahteraan spiritual Islam dalam kalangan remaja. (Unpublished doctoral dissertation, University Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia). Diakses dari http://eprints.utm.my/id/eprint/92345/1/SakinahAbRahimPAHIBS2019.pdf.pdf
Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50(2), 179–211. https://doi.org/10.1016/0749-5978(91)90020-T
Al-Ghazāli, A. H. (2015), Ihyā ‘Ulūm al-Dīn. Jilid 3. Bab 13: berusaha mencari rezeki. (Terjemahan oleh M. Akhyar, S. Jasah). Kuala Lumpur: Pustaka Al Shafa, 1-66.
Al-Ghazāli, A. H. (2017a), Ihyā ‘Ulūm al-Dīn. Jilid 1. Bab 2: pokok-pokok akidah. (Terjemahan oleh M. Akhyar, S. Jasah). Kuala Lumpur: Pustaka Al Shafa, 279-381
Al-Ghazāli, A. H. (2017b), Ihyā ‘Ulūm al-Dīn. Jilid 4. Bab 22: latihan jiwa dan pemulihan penyakit hati. (Terjemahan oleh M. Akhyar, S. Jasah). Kuala Lumpur: Pustaka Al Shafa, 133-209.
Al-Quran: English translation of the meanings and commentary (1410H), Madinah: King Fahd Holdy Quran Printing Complex.
Basri, F., & Abdul Rahim, K. (2019). The influence of entrepreneurial education on entrepreneurial intention among undergraduate students in Malaysia. Journal of Entrepreneurship Education, 22(6), 1-9.
Ghazali, Z., & Razak, D. A. (2019). Entrepreneurial intention among undergraduate business students in Malaysia. International Journal of Business and Society, 20(3), 1117-1136.
Global Entrepreneurship Monitor. (2017). GEM Malaysia 2017 Report. diakses pada 2 Ogos 2022. https://www.gemconsortium.org/economy-profiles/malaysia-86
Green, B., Jones, M., Hughes, D., & Williams, A. (1999). Applying the Delphi technique in a study of GPs' information requirements. Health and Social Care in the Community, 7(3), 198-205. https://doi.org/10.1046/j.1365-2524.1999.00176.x
Hisam, N.S.M., & Othman, N., (2018), Persepsi terhadap risiko dan kecenderungan pengambilan risiko dalam kalangan pelajar Politeknik aktif pendidikan keusahawanan. Prosiding di 1st International Conference on Humanities, Education and Society, Johor, Malaysia, 221-233.
Hsu, C., & Sandford, B.A., (2007). The Delphi Technique: Making Sense of Consensus. Practical Assessment, Research and Evaluation. 12 (10). Retrieved on 9 September 2022, https://doi.org/10.7275/pdz9-th90
Jalaludin, D., & Mohamad, M. H. (2019). Entrepreneurial intention among Malaysian university students. International Journal of Entrepreneurship, 23(3), 1-11.
Jung, K.B, Kang, S-W & Choi, S.B. (2020). “Empowering Leadership, Risk-Taking Behavior, and Employees’ Commitment to Organizational Change: The Mediated Moderating Role of Task Complexity ”Journal of Sustainability, 2020, 12(6), 2340; https://doi.org/10.3390/su12062340.
Kasim, R. S. R., & Salleh, N. A. (2023). Pembangunan Item Model Insaniah Generasi Muda Berisiko Di Malaysia: Item Development for Insaniah Model for At-Risk Youth in Malaysia. AL-MAQĀṢID The International Journal of Maqāṣid Studies and Advanced Islamic Research, 4(1), 1–14. https://doi.org/10.55265/almaqasid.v4i1.49
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Laporan kajian pengesanan graduan kolej vokasional, Retrieved on June 9, 2022, https://anyflip.com/urbhe/txua/basic
Kementerian Pengajian Tinggi (2021a). Laporan kajian pengesanan graduan kebolehpasaran graduan 2020 semasa krisis COVID-19, Retrieved on June 9, 2022,https://great.mohe.gov.my/penerbitan/LAPORAN%20KAJIAN%20PENGESANAN%20GRADUAN%202020.pdf
Kementerian Pengajian Tinggi (2021b), Laporan kajian pengesanan graduan TVET. Retrieved on June 9, 2022, https://great.mohe.gov.my/penerbitan/LAPORAN%20KAJIAN%20PENGESANAN%20GRADUAN%20TVET%202020.pdf
Linstone, H. A., & Turoff, M. (1975). The delphi method. Addison-Wesley Reading, MA. https://doi.org/10.2307/3150755
Maheshwari, G., Kha, K. L., & Arokiasamy, A. R. A. (2022). Factors affecting students’ entrepreneurial intentions: a systematic review (2005–2022) for future directions in theory and practice. Management Review Quarterly, 1-68.
Mohamad, M. H., Ismail, N. A., Mohd Zin, M. M., & Yusoff, R. M. (2019). The relationship between Islamic spirituality and entrepreneurial intention among Muslim students in Malaysia. Journal of Islamic Marketing, 10(1), 164-178.
Mohamad, N. A., & Nordin, N. (2019). Risk-Taking Propensity, Entrepreneurship Orientation, and Business Performance: An Exploratory Study of Malaysian SMEs. Journal of Social Sciences and Humanities, 2(4), 24-31.
Mohd Asri Feair & Ahmad Esa. (2012). Penerapan Kemahiran Keusahawanan Menerusi Kokurikulum Badminton Dalam Kalangan Pelajar UTHM. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV Kali Ke-2.
Mohd Asri Feair & Ahmad Esa. (2012). Penerapan Kemahiran Keusahawanan Menerusi Kokurikulum Badminton Dalam Kalangan Pelajar UTHM. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV Kali Ke-2.
Salleh, S., & Kasim, R.S.R. (2021). Developing Insaniah Model of the at-Risk Youth into Agripreneur in Selected Vocational Colleges in Malaysia: A Systematic Literature Review. FKP Postgraduate Research Colloquium 2021, e-ISBN 978-967-25774-0-9, 493-499
Sani, M.A.M., Idid, S.A.S.A, Nor, M.R.M., & Mokhtar, A. (2019). Kesejahteraan Spiritual Dalam Kalangan Pelajar Islam Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Journal of Islam in Asia, 16(2), 110-125.
Stewart, J., O’Halloran, C., Harrigan, P., Spencer, J. A., et al. (1999). Identifying appropriate tasks for the preregistration year: Modified Delphi Techniques. British Medical Journal, 319 (7204),224-229. Retrieved on 9 October 2022, https://www.researchgate.net/publication/12882623_Identifying_appropriate_tasks_for_the_preregistration_year_Modified_Delphi_technique
Tengku Abdullah, T. A., & Mohd Shariff, M. N. (2020). The Challenges and Success Factors of Young Entrepreneurs in Malaysia: A Literature Review. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 4(10), 1-10.
Wiedmaier, C.D. (1997). Database competencies perceived as necessary for entry-level employment and employment advancement. Unpublished doctoral dissertation, University of Missouri-Columbia. Dissertation Abstracts International 59(7), 2316A (UMI No. 9841192)
Woodcock, T., Adeleke, Y., Goeschel, C. Pronovost, P., dan Dixon-Woods, M., (2020). A modified Delphi study to identify the features of high quality measurement plans for healthcare improvement projects. BMC Med Res Methodol 20, 8. Retrieved on 9 September 2022, https://doi.org/10.1186/s12874-019-0886-6